Sultan Perak
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan سلطان ڤيراق | |
---|---|
Wilayah/Negeri | |
![]() | |
Penjawat kini | |
![]() Sultan Nazrin Shah | |
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah sejak 29 Mei 2014 | |
Pertabalan 06 Mei 2015 | |
Butiran | |
Gelaran | Kebawah Duli Yang Maha Mulia |
Pewaris takhta | Raja Jaafar Ibni Al-Marhum Raja Muda Musa |
Raja pertama | Sultan Mudzaffar Shah I |
Pembentukan | 1528; 495 tahun yang lalu (1528) |
Persemayaman | Istana Iskandariah, Kuala Kangsar |
Laman sesawang | sultan |
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan, Yang di-Pertuan dan Raja Pemerintah bagi Negeri Perak Darul Ridzuan dan Jajahan Takluknya (Tulisan Jawi: دولي يڠ مها موليا ڤدوک سري سلطان، يڠ دڤرتوان دان راج ڤمرينته باݢي نݢري ڤيراق دارالرضوان دان جاجهن تعلوقڽ) merupakan raja pemerintah bagi negeri Perak Darul Ridzuan dan merupakan ketua negeri serta ketua agama Islam negeri.
Kesultanan Perak ialah salah satu keturunan kerajaan tertua dalam kalangan Negeri-Negeri Melayu.
Ketika Kesultanan Melayu Melaka jatuh akibat serangan Portugis pada tahun 1511, Sultan Mahmud Shah berundur ke Kampar, Riau, dan mangkat di sana dalam tahun 1528. Beliau mempunyai tiga putera yang bernama Raja Ali, Raja Muzaffar dan Raja Ahmad. Yang sulung, Raja Ali, telah mendirikan Kesultanan Johor (Kesultanan Johor Lama), sedangkan yang kedua dijemput untuk memerintah Perak dan menjadi sultan pertama daripada wangsa Kesultanan Perak. Dengan pembunuhan raja pemerintah Kesultanan Johor Lama, Sultan Mahmud, oleh Laksamana Megat Seri Rama dalam tahun 1699, berakhirlah pemerintahan waris-waris Kesultanan Melayu Melaka di negeri-negeri Melayu melainkan di negeri Perak.[1]
Sultan Perak ketika ini adalah berketurunan daripada Kesultanan Melayu Melaka dan seterusnya susur galur dari Kesultanan Siak.
Hanya tiga Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak telah dimakamkan di luar negeri Perak Darul Ridzuan iaitu dua di Aceh, Indonesia dan satu di Johor Bahru, Johor Darul Takzim.[2]
Sistem pewarisan takhta negeri Perak
Berlainan dengan kesultanan Melayu yang lain, pewarisan takhta negeri Perak mengguna pakai sistem pewarisan yang unik. Sebelum seseorang anak gahara ingin menjadi Sultan Perak, mereka perlu menjawat salah satu jawatan yang dipanggil Raja-Raja Bergelar. Berikut adalah penyandang terkini [3]
Raja Pemerintah | Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah |
---|---|
Raja Muda | Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Shaffiuddin Mu'azzam Shah ll ibni Almarhum Raja Muda Musa ll |
Raja Di-Hilir | Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, |
Raja Kechil Besar | Yang Teramat Mulia Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Azlan Muzzaffar Shah ibni Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah |
Raja Kechil Sulung | Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulong Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Ahmad Nazim Azlan Shah bin Raja Kecil Sulong Ashman Shah |
Raja Kechil Tengah | Yang Teramat Mulia Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Iskandar bin Raja Zairan @ Raja Zaid |
Raja Kechil Bongsu | Yang Teramat Mulia Raja Kecil Bongsu Perak Darul Ridzuan, Kosong |
Senarai Sultan Perak
Berikut merupakan senarai Paduka Seri Sultan-sultan Negeri Perak daripada permulaan Kesultanan Melayu Perak sehingga kini.
Salasilah Kesultanan Negeri Perak Darul Ridzuan
1. Sultan Mudzaffar Shah I 1528 - 1549 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
2. Sultan Mansur Shah I 1549 - 1577 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sultan Alauddin Mansur Shah (Sultan Acheh) | 3. Sultan Ahmad Tajuddin Shah 1577 - 1584 | 4. Sultan Tajul Ariffin Shah 1584 - 1594 | 6. Sultan Mukaddam Shah 1603 - 1619 | 8. Sultan Mahmud Shah I 1627 - 1630 | Puteri | Sultan Acheh | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Raja Inu | 9. Sultan Sallehuddin Shah 1630 - 1636 | Puteri | Marhum Muda (Pahang) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
5. Sultan Alauddin Shah 1594 - 1603 | 7. Sultan Mansur Shah II 1619 - 1627 | Puteri | 10. Sultan Mudzaffar Shah II 1636 - 1653 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
11. Sultan Mahmud Iskandar Shah 1653 - 1720 | Raja Mansur | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
12. Sultan Alauddin Mughayat Shah 1720 - 1728 | 13. Sultan Mudzaffar Shah III 1728 - 1752 | 14. Sultan Muhamad Shah 1744 - 1750 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
15. Sultan Iskandar Zulkarnain 1752 - 1765 | 16. Sultan Mahmud Shah II 1765 - 1773 | 17. Sultan Alauddin Mansur Shah 1773 - 1786 | 18. Sultan Ahmaddin Shah 1786 - 1806 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
19. Sultan Abdul Malik Mansur Shah 1806 - 1825 | Raja Inu | Raja Abdul Rahman | Raja Mandak | Raja Syed Hitam (Siak) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
20. Sultan Abdullah Muadzam Shah 1825 - 1830 | Raja Ahmad | 21. Sultan Shahabuddin Riayat Shah 1830 - 1851 | 22. Sultan Abdullah Muhammad Shah I 1851 - 1857 | 25. Sultan Ismail Al-Muabidin Riayat Shah 1871 - 1874 m. 1889 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
23. Sultan Jaafar Safiuddin Muadzam Shah 1857- 1865 | Raja Alang Iskandar | 24. Sultan Ali Al-Mukammal Inayat Shah 1865 - 1871 | 27. Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzaffar Shah 1887- 1887 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
26. Sultan Abdullah Muhammad Shah II 1874 - 1877 m. 1922 | Raja Musa I (Raja Muda) m. 1906 | 28. Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah I 1887 - 1916 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Raja Abdul Rahman | Raja Abdul Malek | 31. Sultan Abdul Aziz Al-Mutasim Billah Shah 1938 - 1948 | 29. Sultan Abdul Jalil Nasruddin Muhtaram Shah 1916 - 1918 | 30. Sultan Iskandar Shah 1918 - 1938 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Raja Lope Nor Rashid (mantan Raja Kechil Besar) m. 24 Mei 1977 | Raja Ahmad Hisham (mantan Raja Di-Hilir) m. 1997 | Raja Musa II (mantan Raja Muda) m. 12 Mei 1983 | 32. Sultan Yussuf Izzuddin Shah 1948 - 1963 | 33. Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah II 1963 - 1984 | Raja Ahmad Siffuddin (mantan Raja Muda) m. 1987 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Raja Jaafar II (Raja Muda) | Raja Zairan @ Zaird (Raja Kechil Tengah) | 34. Sultan Azlan Muhibbuddin Shah 1984 - 2014 | Raja Izzuddin (mantan Raja Kechil Besar) m. 25 November 2006. | Raja Haji Iskandar Dzulkarnain (Raja Di-Hilir) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
35. Sultan Nazrin Muizuddin Shah 2014 - kini | Raja Ashman Shah (mantan Raja Kechil Sulung) m. 30 Mac 2012 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Raja Azlan Muzzaffar Shah (Raja Kechil Besar) | Raja Ahmad Nazim Azlan Shah (Raja Kechil Sulung) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Petunjuk : Sultan Raja-Raja Bergelar (terkini)
Rujukan
- ^ Khoo, Kay Kim (2001). "Chapter 1: The Peninsular Malay Sultanates: Genesis and Salient Features". Malay Society, Transformation & Democratisation. Subang Jaya: Pelanduk Publications. ISBN 967-978-386-3.
- ^ "Menjejaki Makam Sultan Perak Ke 25 Di Negeri Johor". Orang Perak. 19 April 2017. Dicapai pada 3 Disember 2017.
- ^ http://sultan.perak.gov.my/index.php/informasi-kesultanan/sultan-raja-raja
Bibliografi
- Zakiah Hanum (2004). Asal Usul Negeri-Negeri Malaysia. Times Editions-Marshall Cavendish. ISBN 9812326081.
- Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (2011). The Encyclopedia of Malaysia : Volume 16, The Rulers of Malaysia. Archipelago Press. ISBN 9789813018549.
- Khoo, Kay Kim (2001). "Chapter 1: The Peninsular Malay Sultanates: Genesis and Salient Features". Malay Society, Transformation & Democratisation. Subang Jaya: Pelanduk Publications. ISBN 967-978-386-3.
Pautan luar
- http://rajakita.perak.gov.my/salasilah.swf
- Pejabat D.Y.M.M. Sultan Perak Darul Ridzuan - Senarai Sultan Perak Diarkibkan 2015-05-09 di Wayback Machine