Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
يڠدڤرتوان بسر نڬري سمبيلن
Wilayah/Negeri
Changgai-Puteri.png
Penjawat kini
Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.jpg
Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir
sejak 29 Disember 2008
pertabalan 26 Oktober 2009
Butiran
GelaranKebawah Duli Yang Maha Mulia
Raja pertamaRaja Melewar
Pembentukan1773; 250 tahun yang lalu (1773)
PersemayamanIstana Besar Seri Menanti, Seri Menanti
Laman sesawangwww.ns.gov.my/institusi-diraja

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan atau Yamtuan Besar adalah raja bagi Negeri Sembilan mengikut sistem raja berperlembagaan moden negeri berkenaan sejak tahun 1898. Sebelum itu, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dikenali sebagai Yang di-Pertuan Besar Seri Menanti dan menjadi raja di lingkungan Tanah Mengandung yang meliputi Seri Menanti, Inas, Terachi, Ulu Muar, Gunung Pasir dan Jempol di Negeri Sembilan.

Sejarah

Permulaan pelantikan Yang di-Pertuan Besar ini berlaku pada abad ke-17 Masihi. Sebelum itu, Negeri Sembilan adalah di bawah takluk Kesultanan Melayu Johor. Pada separuh pertama abad ke-17 itu, Kerajaan Kesultanan Melayu Johor sentiasa diancam oleh orang Aceh di bawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1607-1636). Ini menjadikan Kerajaan Kesultanan Melayu Johor tidak berupaya untuk melindungi Negeri Sembilan.

Pada masa yang sama, orang Bugis diketuai oleh Daeng Kemboja memasuki Negeri Sembilan membuat huru hara dan memaksa orang-orang Negeri Sembilan berketurunan Minangkabau mengakui Daeng Kemboja sebagai raja di Negeri Sembilan. Kaedah ini dilihat adalah bertentangan dengan pendirian orang-orang Minangkabau di Negeri Sembilan.

Satu utusan telah mengadap Sultan Johor untuk meminta supaya seorang raja dipertuankan di Negeri Sembilan. Bagaimanapun, permintaan ini tidak dapat ditunaikan dan Sultan Johor membenarkan orang Negeri Sembilan ini mencari anak raja dari negeri lain untuk dipertuankan di Negeri Sembilan.

Maka penghulu-penghulu luak (Undang Yang Empat) di Negeri Sembilan menghantar wakil untuk mengadap Yang di-Pertuan Pagar Ruyung di Tanah Minangkabau. Permintaan utusan orang Negeri Sembilan ini diperkenankan dan melantik Raja Melewar menjadi Yamtuan Besar Seri Menanti yang pertama. Raja Melewar telah mengetuai angkatan perang orang Negeri Sembilan menghalau Daeng Kemboja dari Negeri Sembilan.

Yang di-Pertuan Besar terakhir dari Pagar Ruyung telah dipecat dan bermula dari tarikh itu, anak raja tempatan berketurunan Yang di-Pertuan Besar ketiga telah dilantik dan ditabalkan. Apabila institusi ini ditubuhkan, gelaran raja Negeri Sembilan adalah Yang di-Pertuan Besar Seri Menanti. Baginda hanya berkuasa di Seri Menanti dan luak-luak sekitarnya yang dikenali sebagai Luak Tanah Mengandung. Pada akhir abad ke-19 Masihi, iaitu sebelum penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, gelarannya ditukar menjadi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan atas persetujuan Undang Yang Empat[1].

Yang di-Pertuan Agong Malaysia

Sehingga tahun 2023, seramai dua orang Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia, iaitu:

  1. Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad iaitu Yang di-Pertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu pertama. Baginda berkhidmat bermula daripada 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatan baginda pada 1 April 1960. Baginda mangkat ketika masih menjawat jawatan ketua negara dan tempatnya digantikan oleh Sultan seterusnya mengikut sistem penggiliran, iaitu Sultan Selangor, Tuanku Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah. Jawatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ketika itu dipangku oleh anakanda baginda, Tunku Laxamana, Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.
  2. Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman iaitu Yang di-Pertuan Agong Malaysia Kesepuluh. Baginda telah dilantik pada 26 April 1994 dan menamatkan tempoh penuh jawatannya selama 5 tahun pada 25 April 1999. Jawatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ketika itu dipangku oleh anakanda baginda, Tunku Laxamana, Tunku Naquiyuddin ibni Almarhum Tuanku Ja'afar.

Senarai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Panji diraja Yang di-Pertuan Besar yang dikibarkan di Istana Besar Seri Menanti
  1. 1773 - 1795 : Raja Melewar
  2. 1795 - 1808 : Raja Hitam
  3. 1808 - 1824 : Raja Lenggang
  4. 1824 - 1861 : Yamtuan Radin ibni Almarhum Raja Lenggang
  5. 1861 - 1869 : Yamtuan Imam ibni Almarhum Raja Lenggang
  6. 1869 - 1888 : Yamtuan Antah ibni Almarhum Yamtuan Radin
  7. 1888 - 1933 : Tuanku Muhammad ibni Almarhum Tuanku Antah
  8. 1933 - 1960 : Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad
  9. 1960 - 1967 : Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
  10. 1967 - 2008 : Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
  11. 2008 - kini : Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir

Keistimewaan

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dipilih dan dilantik hasil muafakat antara Undang Yang Empat. Yang di-Pertuan Besar adalah ketua agama Islam negeri, namun peranan baginda tertakluk kepada nasihat dan persetujuan Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin. Yang di-Pertuan Besar bersama-sama Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin berperanan menjaga agama Islam dengan dinasihati Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Baginda juga bertanggungjawab dalam adat istiadat negeri dengan tertakluk pada nasihat Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan. Yang di-Pertuan Besar bersemayam di Seri Menanti di Luak Ulu Muar. Baginda tidak campur tangan dalam hal ehwal luak-luak yang lain[1].

Sejak kedatangan Raja Melewar, Yang di-Pertuan Besar dilantik oleh Undang Yang Empat iaitu Undang Luak Sungai Ujong, Undang Luak Jelebu, Undang Luak Johol dan Undang Luak Rembau. Namun aturan itu terhenti selepas kemangkatan Yamtuan Imam. Aturan pemilihan dan pertabalan Yang di-Pertuan Besar oleh Dato' Undang Yang Empat dimaktubkan semula menerusi perjanjian pada 1898 yang menyaksikan Tuanku Muhammad dipilih dan ditabal Dato' Undang Yang Empat.

Pemilihan Yang di-Pertuan Besar berdasarkan kepada latar belakang keturunan, kebaikan tingkah laku dan calon mestilah mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Yang di-Pertuan Besar yang mangkat mengikut sebelah bapa, iaitu daripada kalangan putera raja berketurunan Raja Lenggang ibni Raja Laut, iaitu Yamtuan Seri Menanti yang ketiga.

Sistem beraja yang unik itu mencetuskan ilham kepada kewujudan jawatan Yang di-Pertuan Agong bagi peringkat Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian Persekutuan Malaysia, di mana Majlis Raja-Raja yang terdiri daripada sembilan Raja Melayu ditubuhkan untuk memilih Yang di-Pertuan Agong.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan secara automatik akan mengangotai Majlis Raja-Raja dan menjadi sebahagian daripada sistem beraja di Malaysia.

Lihat juga

Rujukan

  • Zakiah Hanum (2004). Asal Usul Negeri-Negeri Malaysia. Times Editions-Marshall Cavendish. ISBN 9812326081.
  • Faridzwan Abdul Ghafar (2019). Balai Undang di Negeri Sembilan: 1933-2004. Sungei Ujong Press Resources. ISBN 9789671716502.
  • Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (2011). The Encyclopedia of Malaysia : Volume 16, The Rulers of Malaysia. Archipelago Press. ISBN 9789813018549.
  • Rosiswandy bin Mohd Salleh (t.t), Sejarah Pengamalan Adat Perpatih di Negeri Sembilan. Jelebuː Muizum Adat Negeri Sembilan.

Nota kaki

  1. ^ a b Rosiswandy bin Mohd Salleh (t.t), Sejarah Pengamalan Adat Perpatih di Negeri Sembilan. Jelebuː Muizum Adat Negeri Sembilan.
  • l
  • b
  • s
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Bandar diraja: Seri Menanti - Tempat pengurniaan: Istana Besar Seri Menanti
Darjah Kebesaran Kerabat
Changgai Puteri
Darjah Kebesaran Setia
Negeri Sembilan
Darjah Kebesaran Setia
Tuanku Muhriz
Darjah Kebesaran Seri
Tuanku Jaafar
  • Darjah Seri Paduka Tuanku Jaafar (S.P.T.J.) (Digantikan dengan Darjah Kebesaran Tuanku Muhriz)
  • Darjah Dato' Paduka Tuanku Jaafar) (D.P.T.J.) (Digantikan dengan Darjah Kebesaran Tuanku Muhriz)
Bintang dan pingat
  • Darjah Pekerti Terpilih
  • Jaksa Pendamai
  • Pingat Keberanian Cemerlang
  • Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat
  • Pingat Jasa Kebaktian
  • Pingat Khidmat Lama
Pingat bermusim
  • Pingat Pertabalan Tuanku Muhriz 2009
  • Pingat Pertabalan Tuanku Jaafar 1968
  • Pingat Pertabalan Tuanku Munawir 1961
  • Pingat Jubli Perak 1992
  • Pingat Pertahanan 1972
  • Pingat Pertabalan 1971
  • Pingat Pertabalan 1961
Nota: Set darjah yang dicondongkan ialah set darjah yang telah dimansuhkan
  • l
  • b
  • s
Sistem beraja di Malaysia
Yang di-Pertuan Agong
Pertama  · Ke-2  · Ke-3  · Ke-4  · Ke-5  · Ke-6  · Ke-7  · Ke-8  · Ke-9  · Ke-10  · Ke-11  · Ke-12  · Ke-13  · Ke-14  · Ke-15  · Ke-16 (Terkini)
Jata diraja negeri2 di Malaysia.jpg
Raja negeri-negeri Melayu
Raja (Perlis)  · Sultan (Selangor  · Terengganu  · Kedah  · Kelantan  · Pahang  · Johor  · Perak)  · Yang di-Pertuan Besar (Negeri Sembilan)
Pemerintah negeri tidak beraja
Darjah kebesaran
Istana dan Pejabat
Pentadbiran Diraja
Istana Negara - Istana Melawati (Malaysia)  · Istana Arau (Perlis)  · Istana Anak Bukit (Kedah)  · Istana Alam Shah (Selangor)  · Istana Iskandariah (Perak)  · Istana Besar Seri Menanti (Negeri Sembilan)  · Istana Abu Bakar (Pahang)  · Istana Bukit Serene (Johor)  · Istana Syarqiyyah (Terengganu)  · Istana Balai Besar - Istana Telipot (Kelantan)
  • l
  • b
  • s
Ibu negeri: Seremban - Bandar diraja: Seri Menanti
Topik
Mukims of Negeri Sembilan labelled.svg
Masyarakat
Pemerintahan
Diraja
Adat
Eksekutif
Bahagian perundangan
Kerajaan Tempatan di Negeri Sembilan
Pihak berkuasa tempatan
Semasa
Lama
Bahagian pentadbiran
Khas
  • l
  • b
  • s
Negeri Sembilan Pentadbiran Adat di Negeri Sembilan
Wilayah diraja (Wilayah Adat Lingkungan) : Seri MenantiDewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan
Luak
Pemimpin
Suku
  • Suku Tanah Datar
  • Suku Batu Hampar
  • Suku Seri Lemak
  • Suku Anak Melaka
  • Suku Mungkal
  • Suku Paya Kumboh
    Suku Seri Melenggang
  • Suku Tiga Batu
  • Suku Tiga Nenek
  • Suku Anak Acheh
  • Suku Batu Belang
  • Suku Biduanda
Peringkat pertama
Peringkat kedua
Peringkat ketiga
Bandar utama
Bandar baru
Pekan
Kampung
Tanah rancangan
FELDA Wilayah
Raja Alias
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P126 Jelebu
N01 Chennah
N02 Pertang
N03 Sungai Lui
N04 Klawang

P127 Jempol
N05 Serting
N06 Palong
N07 Jeram Padang
N08 Bahau

P128 Seremban
N09 Lenggeng
N10 Nilai
N11 Lobak
N12 Temiang
N13 Sikamat
N14 Ampangan

P129 Kuala Pilah
N15 Juasseh
N16 Seri Menanti
N17 Senaling
N18 Pilah
N19 Johol

P130 Rasah
N20 Labu
N21 Bukit Kepayang
N22 Rahang
N23 Mambau
N24 Seremban Jaya

P131 Rembau
N25 Paroi
N26 Chembong
N27 Rantau
N28 Kota

P132 Port Dickson
N29 Chuah
N30 Lukut
N31 Bagan Pinang
N32 Linggi
N33 Sri Tanjung

P133 Tampin
N34 Gemas
N35 Gemencheh
N36 Repah

  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisource
  • Kategori Category